• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words.

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words.

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words.

Tuesday, 28 January 2020

6 TIPS NAK DAPATKAN KULIT CANTIK DAN BERSIH GERENTI DAPAT PUJIAN

Untuk dapatkan kulit yang sihat dan awet muda, jom follow step di bawah:

1. Minum air secukupnya bergantung kepada berat badan anda. Air adalah agen #Detox terbaik untuk kulit yang sihat. Kulit juga akan lebih lembap dan mengelakkan daripada kering, kusam, pucat dan mencegah tanda-tanda penuaan.
2. Bersenam. Dengan bersenam, segala toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan melalui peluh. Anda hanya perlu lakukan senaman ringan seperti berjalan, window shopping atau main kejar-kejar dengan anak.😁
3. Rajinkan diri menjaga kulit muka dengan skincare yang sesuai setiap pagi. Sekiranya guna Set HausSkin ikut step asas ini dengan disiplin : Scrub Cleanser - Oil Serum - Moisturiser - Melty Glam Aqua Foundation.
4. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elakkan mandi air panas. Eloknya mandi air biasa atau air sejuk.
5. Pastikan dapatkan tidur yang mencukupi. Ini kerana semasa kita tidur proses pemulihan kulit berlaku. Sebab tu sebelum tidur pastikan muka dicuci dan pakai moisturiser yang bersesuaian. Ikut step asas ni bagi yang guna HausSkin : Scrub Cleanser - Blood Orange Serum - Moisturiser.
6. Sentiasa senyum walau dalam keadaan marah. Kajian menunjukkan marah menggunakan sehingga 43 otot berbanding senyum hanya 17 otot sahaja digerakkan. 😄
HG Syamila @ 0196211002
COD Cukai, Kemaman
Pos Seluruh Malaysia

#HausSkin
#HausCosmetics
#HausKemaman
#HalalCosmeticsTrendsetter
#ProdukYangPalingDiyakiniHalal

Saturday, 18 January 2020

SET TRIAL UNTUK KULIT BERMINYAK DAN SENSITIF

Kenalkan set Special Edition untuk Oily & Acne. Biru mata ku. 😁

Dalam set ni ada 2 item plus 1 Free Gift. Khas untuk nyah jerawat dan minyak yang lebih had tu.

Cara guna pun senang yakmat. Basuh dengan sabun Super Sensitive Beauty Soap, spray dengan Bird Nest Beauty Elixir dan sapu gel moisturiser. Siap.

Jom grab Special Edition Oily & Acne sekarang before 31 Jan. Bermula 1 Feb, rege dah balik asal. Masa tu tak dapat dah rege promo ni. 


Siapa nak grab rege promo, cecepat klik link bawah

COD Cukai Kemaman
Pos Seluruh Malaysia

https://hausmy.wasap.my
https://hausmy.wasap.my

#ActNow
#HausSkin
#specialedition 
#HausCosmetics
#ConfidenceIsPerfection
#HalalCosmeticsTrendsetter
#produkyangpalingdiyakinihalal

Friday, 17 January 2020

BUAT SAMPAI JADI, DON'T GIVEUP

Bagi yang dah lama kenal KSya tau karakter KSya macam mana. KSya jenis yang tak mudah mengalah. Sekali KSya mula buat sesuatu, akan buat sampai jadi.


Kadang tu berejam dok hadap menda yang sama. Plan A tak jadi, guna plan B. Kalau sampai Z pun KSya akan usaha buat. Sebabnya, orang lain buat jadi, kenapa aku tak. Mana boleh kan. Mesti aku buat pun jadi jugak. Gitew

Dalam kerjaya, KSya tak suka buat kerja follow je format yang sama. Akan cuba cari solution macam mana nak jadikan sesuatu laporan tu lebih sistematik. Perah otak. Tak payah tunggu disuakan dan diarahkan. Sentiasa fikir macam mana kerja yang kita buat lebih teratur untuk kebaikan semua.

Komen dan kritikan KSya terima dengan hati terbuka. Jadikan komen dan kritikan sebagai motivasi dan guideline untuk buat lebih baik dimasa akan datang

Walau dah ada kerjaya, tapi KSya libatkan diri dalam bisness Haus. KSya join haus sebab fikir zaman sekarang zaman yang kritikal. Berlambak produk yang status Halal diragui. KSya tak nak kawan kawan tersalah pilih produk. Tak nak kawan terlalu agungkan produk luar negara yang tidak tahu tahap kebersihan macam mana mengikut syariat Islam.

Jadi, KSya akan usaha, usaha dan usaha bersama semua haus guardian dan pihak HQ sehingga produk Haus meniti disetiap bibir rakyat Malaysia.

Formula Haus setanding dengan produk level antarabangsa like Dior or Bobby Brown. Tapi Haus
lebih murah
mampu milik
Halal Jakim
high end formula
RnD yang berterusan
organik hanya berasaskan sumber tumbuhan
diyakini selamat.

Yang penting, hq sentiasa ambil berat setiap kritikan dari pengguna. Setiap masa produk akan diupgrade ke arah yang lebih baik menggunakan teknologi yang terkini.

Don't Give Up, Buat Sampai Jadi.

Tak suka cantik dan sihat sesorang. Suka cantik dan sihat bersama-sama. Kita semua bersaudara.
Pssttt.
Abaikan muka yang makin bolat tu. Senang hati gaissss.
Next month kita on diet.

Selepas 42 Tahun, Baru Terbuka Hati Untuk Pakai Kosmetik

KSya dari dulu memang tak suka pakai kosmetik. Salah satu asbab kerana tak yakin produk tu elok le tak, serasi ke tak dengan my skin. Tapi dengan Haus Cosmetics dan Haus Skin aura dia lain macam.

KSya just bermula dengan Magic Lipstick je, lepas tu berjangkit dengan Melty Glam Aqua Foundation seterusnya semua produk Haus guna.🥰

Skin KSya ni jenis oily. Boleh kata super oily. So takut nak tepek apa apa kat muka. Takut bercapuk, bukan ke dah tak lawa. Lagi satu tak pasti formula tu guna bahan yang halal ke tak? Kilang kat mane? Status kilang pulak halal ke?

Bab kilang ni penting sangat. Sebab nak dapat status Halal bukan senang. Mesin dan peralatan yang digunakan mestilah bersih ikut syariat Islam kan. 

Walau bahan yang digunakan semua organik dan halal, kalau dibancuh dalam peralatan yang tidak pasti kebersihan dalam segi Islam, produk tersebut dah jadi tidak halal.

Sebab tu la KSya memang tak pakai pape kat muka samada untuk protection atau untuk nampak muka berseri.

Aura HausCosmetics dan HausSkin ni memang lain macam sungguh. Founder haus pun bukan orang biasa biasa. Seorang yang terlibat secara langsung dalam pembancuhan produk kosmetik dalam negara.

Sedikit tentang Haus Cosmetics 👇

✅ Dikilangkan di kilang bertaraf GMP 

✅ Ada sijil HALAL JAKIM

✅Founder merupakan owner kilang yang telah mengeluarkan ratusan produk kosmetik di Malaysia

✅ Founder juga merupakan ketua RnD untuk setiap produk keluaran kilang

✅Ada produk kosmetik, bakal keluar minggu depan range Skincare dan macam macam lagi 

✅Baru berusia 4 bulan tapi dah terjual 15,000 unit produk

✅Semua bahan kandungan dalam produk Haus dihasilkan dari produk peremium, HALAL, dan berkualiti tinggi

Alhamdulillah, sejak awal bulan 9 tahun lepas KSya konsisten pakai produk Haus Cosmetics dan Haus Skin my skin nampak perubahan yang ketara. 

Sampaikan ada kawan tegur my skin nampak makin flawless dan berseri. Kalau dulu my face kusam macam lampu yang malap. Dia samakan my face dengan lampu malap. Aiyakkk, jujur sangat kamu yea. 😅


Posing kejap kekonon tengah tepek Matte Velvet Compat Powder 😁😁. Picture ni snap last month. Umur dah 42 years 5 month gaisss. 



COD Cukai Kemaman
Pos Seluruh Malaysia

👉https://hausmy.wasap.my
👉https://hausmy.wasap.my

Monday, 28 October 2019

HAUS OIL SERUM

Kenapa Kita sangat Perlukan HAUS OIL SERUM


1. Siapa yang sangat perlukan market Haus Oil Serum ini? 

Wanita yang berusia 30 tahun ke atas yang mempunyai masalah wajah: 

1.1 Kulit kering akibat perubahan hormon (biasa wanita yang meningkat usia 40an) 

1.2 Kulit kering akibat bekerja dalam pejabat berhawa dingin 

1.3 Ada jeragat atau yang baru nak mula naik jeragat 

1.4 Yang sudah mula ada ‘wrinkles’ 

1.5 Ada masalah parut jerawat dan cela lain 

1.6 Kulit muka kusam dan tidak berseri 

1.7 ‘Breakout’ akibat memakai produk yang ada bahan merkuri sebelum ini.




2. Kenapa Haus Oil Serum ini sangat diperlukan oleh wanita berumur 30 tahun ke atas?

2.1 Mencerahkan kulit - Haus Oil Serum membantu kulit wajah yang kusam menjadi cerah dan berseri kerana Oil Serum mengandungi ejen pencerah yang sangat mujarab iaitu OMEGALIGHT dan Vitamin C. 

2.2 Awet Muda - membantu mengurangkan garis garis halus pada kulit muka (kedut) kerana Oil Serum mengandungi Chia Seed Oil dan Geranium Oil sebagai ejen anti penuaan. 

2.3 Menghilangkan Parut - Oil serum ni kaya dengan vitamin E yang mujarab untuk hilangkan parut.

2.4 Membaiki Sel Kulit - Geranium oil pula bertindak sebagai ejen Anti-Septik yang melindungi kulit dari pencemaran dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru. 

2.5 Mengecut Jerawat - mengandungi Tea Tree Oil yg membantu membunuh kuman jerawat

2.6 Melembapkan Kulit - membantu melembapkan kulit kerana gabuangan Jojoba Oil dan Argan Oil yang berkualiti tinggi dalam Oil Serum. 


3. Apa kelainan/keunikan Oil Serum ini berbanding yang lain?

3.1 Lavender Extract - Haus Oil serum menghasilkan bau yang menenangkan datang dari ekstrak lavender. 

3.2 Tidak berminyak dan melekit. Teksture minyak yang halus yang membolehkan minyak cepat serap ke dalam kulit 

3.3 Boleh campur dengan produk lain dan Oil Serum ini dijadikan ‘booster’ sebagai ejen rawatan untuk produk yang dicampurkan. 

3.4 Boleh terus digunakan terus pada kulit. Tidak perlu di cairkan atau dicampur dengan bahan lain.

3.5 Tiada bahan pewangi. Bau wangi datangnya dari Rose Essential Oil dan tiada bahan kimia yang membuatkan kulit menjadi sensitif. 

3.6 Keupayaan merawat yang tinggi. Oil Serum ni menggunakan ‘High End Treatment Formula’ dengan gabungan OMEGALIGHT, Essential Oil dan Vitamin.

-KS, Haus Cosmetics-

Tuesday, 15 October 2019

Resepi Kek Karamel Pelangi Legend

Cantik nama, walhal rasa sama je. Saje tambah legend sebab resepi ni diolah dari blog lama yang dah terkubur atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Resepi ini juga la k sya guna masa aktif baking kek karamel untuk jualan 4 tahun yang lalu.



Tapi sebabkan terlampau sibuk, sesi membaking terpaksa dikurangkan dan akhirnya hanya buat untuk keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Resepi ni ada 7 step. Macam susah dan cerewet kan. Tapi tak susah pun, cerewet tu yea. 😅 

Jom layan resepi Kek Karamel Pelangi Legend. ;-)

STEP 1 

Asingkan sesiap 8 biji telur gred A ke dalam 3 bekas

Bekas A : 6 biji putih telur untuk meringue
Bekas B : 3 biji kuning telur untuk kek span
Bekas C : 3 biji kuning telur + 3 biji telur untuk karamel

K sya guna 2 bowl dan 1 tupperware sebab senang. Tak payah tukar bowl lepas pukul telur putih. Sebab nanti nak pukul berkrim telur untuk kek span. K sya guna stand mixer, kalau korang guna hand mixer tak kisah guna bekas pape pun. 😊


STEP 2 

Masukkan 2 sudu besar gula kastor kedalam loyang saiz 8", masak guna api perlahan sampai gula hancur dan bewarna perang. Golekkan loyang bagi gula seia sekata kesemua bahagian. 


STEP 3 (Puding Karamel) 

Ambil Bekas C (3 biji kuning telur + 2 biji telur) tadi, masukkan 100gm gula + 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sebati guna whisk. 

Kemudian tuang 1 tin susu cair. Kacau perlahan sampai gula hancur. Tapis ke dalam loyang karamel tadi. Nanti korang akan bunyi macam kaca pecah. Tak payah risau. Itu tanda karamel korang menjadi. 😉 
👉🏻 Nota: kalau sukakan puding yang manis, sila masukkan 140gm gula. 


STEP 4 (Meringue) 

Ambil Bekas A (bowl 6 biji putih telur), putar dengan kelajuan tinggi sehingga berbuih. Masukkan 40gm gula dan putar sehingga buih2 berlalu pergi ditepi bowl. Sebaiknya putar lebih kurang 2 minit dgn kelajuan maksima. 

Meringue perfect bila terbalikkan bowl, adunan tidak jatuh.
👉🏻 Nota 1: Cream of tar tar tidak diperlukan sekiranya guna telur baru. Masukkan 1 sudu kecil cuka sekiranya perlu.
👉🏻 Nota 2: kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula. 

STEP 5 

Ambil Bekas B (3 biji kuning telur), masukkan 50ml minyak jagung/masak + 140ml air suam. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga buih halus muncul. Kemudian masukkan 40gm gula dan pukul lagi sehingga berkrim. 
👉🏻 Nota : kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula. 

STEP 6 

Panaskan oven 160'c api atas bawah dengan tray berisi air. 

Timbang gandum 140gm dan ayak dengan 1 sudu kecil Baking Powder. 

Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam Bekas B tadi. Jangan masuk sekaligus nanti adunan berketul. 

Kemudian masukkan separuh meringue (adunan dalam Bekas A). Kacau secara kaup balik guna senduk biar bercampur. Masukkan selebihnya dan kaup balik sehingga seia sekata. 



STEP 7 

Titiskan beberapa titik pewarna (dapatkan yang halal) ke dalam setiap bekas. Kaup balik bagi rata. 
Sendukkan 2 sudu adunan setiap warna kedalam loyang puding karamel tadi. Buat berselang seli sehingga habis. 

Masukkan dalam oven suhu 160'c (api atas bawah) yang telah dipanaskan 10-15 minit dengan dulang berisi air tadi. Bakar selama 1 jam guna api bawah sahaja (guna cara Water Bath). Tambah masa 10 minit lagi, kali ini guna api atas bawah untuk keringkan permukaan kek. 

Bila kek dah masak, biarkan dalam oven sehingga tepi kek merekah. Pastikan pintu oven dibuka sedikit. K sya sendal guna senduk kayu je. 😅 

Sejukkan kek sepenuhnya atau separa sejuk. Lorekkan tepi kek dengan pisau sebelum terbalikkan kek. Sejukkan dalam peti semalaman. Kek Karamel Pelangi sedap dimakan sejuk. 

SELAMAT MENCUBA. 😍😍

Jom like facebook page Resepi Kek Karamel Pelangi untuk pelbagai info. Tq.

Monday, 14 October 2019

BO Serum vs Oil Serum, Mana Lebih Bagus?

Ramai juga yang confuse, apa beza Blood Orang Serum (BO Serum) dengan Silky Intense Oil Serum (Oil Serum) ni. Sebab kedua-duanya adalah serum, jadi apa bezanya.

Oil Serum ni texturenya adalah berminyak tapi tak ler sampai berminyak bila sapu kat muka. Oil Serum dapat buatkan kulit muka lebih lembut dan cerah disebabkan ada high treatment formula. Jadi, untuk kesan lebih baik disarankan memakai Oil Serum pada waktu siang disebabkan ada OMEGALIGHT.

Oil Serum sebaiknya dipakai sebelum memakai apa-apa jenis foundation supaya muka nampak lebih berseri dan foundation tahan lama.
The Omega Light is a non-surgical skin renewal beauty product that reverses the signs of aging by utilising the proven healing power of light. Suitable for skin healing, wrinkle removal, scar reduction, acne treatment and more.
Tapi kalau anda jenis kulit berminyak, seeloknya pakai sebelah malam sahaja.


Blood Orange pula adalah waterbased serum. Ia membantu untuk menstabilkan kulit minyak. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi dan kulit berminyak. Kandungan Blood Orange adalah paling tinggi iaitu 25 kali ganda Vitamin C berbanding dengan orange jenis lain. Sebaiknya, Blood Orange Serum dipakai sebelah malam untuk dapat kesan yang optimum.

Untuk info, Bloood Orange Serum tidak boleh diambil sekiranya kulit anda ada jerawat dan sensitive. Sebaiknya bagi anda yang ada masalah kulit sensitif dan berjerawat, boleh dapatkan Set Ace-Prone Haus Skincare dahulu [Scrub Cleaner + Gel Moisturizer]. Selepas 2 minggu penggunaan, kulit muka dah sihat baru boleh mulakan pengambilan Blood Orange Serum untuk dapatkan kulit muka yang lebih sihat, segar dan glowing.

Nak usha-usha Haus Cosmetic? Klik je link whatsapp di bawah, kita bincang-bincang. ;-)

Haus Cosmetics : Produk Tempatan dengan KUALITI antarabangsa dan dijamin HALAL
>>> http://wasap.my/60179322123/haus

Sunday, 13 October 2019

Bagaimana Terjadinya Bibir Hitam dan Cara Atasinya


Ramai wanita menghadapi masalah bibir yang tidak sihat, gelap, kering dan meggelupas disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

Antara punca-punca terjadinya bibir hitam:

1. Pancaran Cahaya Matahari

Sinaran cahaya matahari meninggalkan kesan buruk bukan pada wajah namun juga pada bibir. Sebab itu, selain memakai suncreen dan sublock untuk kulit muka, anda juga disarankan memakai lipbalm yang mengandungi SPF yang tinggi  untuk melindungi kulit muka dan bibir dari sinar ultraviolet (UV) yang berlebihan.

2. Kurang Vitamin C

Perubahan warna bibir lebih ketara sekiranya badan kekurangan Vitamin C. 

3. Kebiasaan menjilat bibir

Tanpa disedari, kebiasaan menjilat bibir juga antara penyebab bibir menjadi hitam. Ini kerana ia membuat bibir semakin kering dan gelap. Lama-kelamaan, sel-sel kulit mati terus menumpuk dan merangsang munculnya bintik-bintik gelap dibibir.

Untuk dapatkan kembali bibir yang sihat, anda disarankan memakai lipbalm yang mengandungi SPF dan elakkan amalan menjilat bibir. 

K sya pun memang mengalami masalah bibir hitam, kering dan menggelupas. Sebabnya 3 faktor di atas dah jadi kebiasaan terutama faktor ke 3. Namun, selepas jumpa dengan Crystal Shine Magic bibir dah makin sihat. Kebiasaan yang tidak bagus pun dah tinggalkan selepas tahu keburukannya. Baru tahu kebiasaan menjilat bibir tak bagus. 


Selepas konsisten pakai Magic Lipstick sejak 2 minggu lalu, bibir dah makin lembab. Bibir gelap masih lagi nampak sebab bertahun-tahun dah kan. Takkan baik dalam masa singkat, memang akan ambil masa lagipun produk natural organic ni kesan lambat tapi bagus dan berkesan serta tidak ada kesan sampingan.


Antara kelebihan Crystal Shine Magic Lipstick

1. Warna mengikut kelembapan bibir. Lagi lembab bibir, lagi cantik warnanya. Untuk yang ada masalah bibir kering, warna kurang cantik namun teruskan pakai sehingga kulit kering dan mati akan hilang dengan perlahan dan berperingkat.

2. Merawat bibir kering, bibir hitam, bibir pecah dan berdarah

3. Tahan lama dan tidak mudah tanggal

4. Membantu untuk bibir kelihatan lebih sihat dan 'pinkish'

5. Mempunyai fungsi anti-kedut, anti-gelap dan anti-kering


Ciri-ciri Crystal Shine Magic Lipstick

1. Mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Hexapeptide-12

2. Didatangkan dengan bekas yang berkualiti dan eksklusif

3. Tidak mempunyai warna spesifik


Selamat tinggal bibir kering. Nak usha-usha Crystal Shine Magic Lipstick tak? Klik je link whatsapp di bawah, kita bincang-bincang. ;-)

Haus Cosmetics : Produk Tempatan dengan KUALITI antarabangsa dan dijamin HALAL

Kenapa Haus?



Kalau tanya k sya kenapa pilih Haus Cosmetics, k sya akan jawab sebab produk anak malaysia, natural organic, kilang cosmetic Halal Jakim dan dihasilkan dari bahan-bahan yang terbaik.

Ceo Haus Cosmetics sendiri yang jalankan R&D di kilang kosmetik miliknya. Harga pula mampu milik, siapa yang tak nak kan.

Sebelum ni k sya tak guna mana-mana set kosmetik sebab tak suka calit2 kat muka. Kalau pakai pun hanya lip balm. Tepi lepas kena Haus ni baru berminat nak jaga kesihatan kulit muka. Sebabnya cuaca sekarang panas sangat dan buatkan kulit muka rasa tersangat perit bila terdedah pada cahaya matahari.

Muka pula sentiasa nampak kusam dan tidak bermaya. Sebab tu k sya mula berjinak-jinak dengan produk penjagaan muka. Sebab lain pengaruh rakan sekerja dan baru sedar betapa pentingnya penjagaan muka yang betul supaya kulit sentiasa sihat.

Sekarang ni k sya mula guna set skincare NOIR from Nurfaz. Alhamdulillah ada perubahan, boleh rasa muka rasa bersih dan nampak lebih sihat.

Untuk lebih berkesan, k sya guna set kosmetik dari Haus Cosmetics. Foundation Haus sangat ringan dan dapat lindungi kulit dari sinaran cahaya yang merbahaya. Apa yang menarik dengan Haus Foundation ialah bahan yang digunakan sangat bagus untuk merawat serta melindungi muka dengan berkesan.

Untuk nampak lebih berseri, k sya guna Magic Lipstick yang mampu merawat bibir yang hitam, kering dan menggelupas. Warna pula akan berubah mengikut kelembapan bibir. Lagi lembab bibir lagi cantik warnanya. Sebelum ni bibir k sya kering dan teruk menggelupas. Walau hari-hari dah minum air secukupnya, namun tidak berhasil. Bertahun-tahun bibir rosak dan tidak sihat walau dah cuba macam-macam lipbalm tapi tidak berkesan.

Alhamdulillah, selepas dekat sebulan guna nampak kulit muka makin bersih dan sihat. Bibir pun dah 80% baik dan nampak lebih cantik dan natural beauty.

Bagi yang masih belum yakin dengan produk Haus, boleh la klik link whatsapp di bawah kita bincang-bincang. :)

Haus Cosmetics : Produk tempatan dengan KUALITI antarabangsa dan dijamin HALAL.
📝 http://wasap.my/60179322123/haus

Saturday, 12 October 2019

Set Skincare Haus Cosmetics

HAUS Cosmetic ni kan, bukan ada set makeup je tau, set skincare pun hado. Set Skin Care ni guna 'Microbiome Technology' yang menang award pada 2018. Untung kan, produk local, kualiti tip top, halal dan selamat dengan rege mampu milik. 😇

Ada 3 set combo special utk uols pilih

🌷Set Dry & Combination Skin
🌷Set Oily Skin
🌷Set Acne Prone

Paling best ada offer untuk Set Dry & Combination Skin tau. Dengan rege tak sampai pun rm200 uols dapat PERCUMA scrub cleanser bernilai rm45 😱😱

Kiranya Buy 3 FREE 1. Jimat sangat2 kan. ðŸ˜˜


Kalau beli loose mau RM250++ jugak tu. 😏

PERCUMA tu, sape yg tak nak kan. Jom la risik2 dulu kot la berkenan.

Tapi...sebelum tu kenali dulu jenis kulit uols di link kat bawah ni 👇👇👇
https://says.com/…/kulit-berminyak-kering-atau-kombinasi-bu…


HAUS Cosmetics : Product Local dengan KUALITI antarabangsa dan dijamin HALAL. 😘
📝 http://wasap.my/60179322123/haus

Silky Intense Oil Serum Calendula VS Lavender



Minyak geranium dlm Silky Intense Oil Serum Lavender ni tujuan untuk bagi kulit muka mereka yg ada masalah breakout untuk slow down breakout dia. Sekiranya kulit kita sensitive pada minyak geranium, jerawat akan timbul. Bagi yg ok, ia bagus untuk hilangkan stress.

Jadi, utk mereka yang kulit sensitive disarankan menggunakan Silky Intense Oil Serum Lavender sahaja. For me, bau serum ni lagi wangi. Tapi kena pakai malam je, kalau pakai siang naik jerawat. Sebab kulit oily sangat so tak sesuai pakai siang. Pakai malam ok sambil buat urutan, then tidur. 

AG Syamila @ 0196211002
https://hausmy.wasap.my


Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Dah lama tinggal dunia blog disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, sekarang ni masa untuk aktif balik dalam penulisan. Buka buku baru. Post dari blog lama ada buat backup, namun usaha untuk restore balik dalam palform blogspot tidak berhasil.

Sebelum ni blog syamilamohd.com aktif menggunakan platform wordpress. Banyak perkongsian disitu yang memberi manfaat kepada banyak pihak terutama ibu2 yang menyusu. Sebab dulu fokus on breastfeeding dan masakan.

Insya Allah, post2 yang lama akan diolah kembali ke dalam blog Syaz Legacy.

Diharap segala info yang akan dikongsi di sini memberi manfaat untuk semua.

Salam sayang dari saya, Syamila.

Psssttt....tengah usha alat ni, maklumla skrg dah ada tekanan darah tinggi. So kena la selalu pantau.